Ramai yg tgh boikot product2 israel skang nie..bgsss..kite xnafikan mmg bagus boikot product2 israel nie..kite pun boikot jugak..boikot yg mana kite mampu..tp jgn la smp memudaratkan org lain..kite nie kalau nak boikot kene boikot cara yg menampakkan yg kite nie bijak, bukan yg menampakkan kebodohan kite..
Nak tau x cara org bijak cerdik pandai ade akal boikot mcm mana???..
Mcm nie..kite mmg setuju 300% kata3 afdlin shauki..u are totally right my brother..haaaa ko my brother hokeyh..ko ado???..
Dan kat bawah nie adalah boikot bg org yg menggunakan hati dan bukan akal..
Pastu yg kite xpaham kenapa harus Mcd JER yg jd sasaran boikot..kenapa harus wat piket kat dpn Mcd??..smp rosak pintu, keselamatan pekerja terancam..smp ade yg meludah dekat pekerja Mcd ngan Starbucks..beli nasi ngan air bungkus pastu makan dlm Mcd..konon ko nak protes, alih2 ko kene hentam..mmg u deserved that!!..
Dieorg nie semua xpaham ke istilah boikot..lg satu, bukan takat Mcd ngan Starbuck je product israel..kalau ikutkan byk sssgggtttttt product israel kat negara kite..kenapa xboikot semua tuh..lg dua, ko pun bang, gie wat demo hentam pintu mcd sana sini, pecah cermin kete yg tampal sticker mcd/starbucks sana sini, tp bile buat semua tuh, laungkan protes, smbl pegang rokok..apakah???!!!..
Xpayah la nak extreme sgt boikotnye smpkan ko nak kene ludah pekerja Mcd ngan Starbucks..kalau org wat gitu kat family members ko, ko suke???..pastu suke2 hati suruh pekerja2 kat situ berhenti..Allah..dieorg crk rezeki kat situ kut..ingat skang nie senang ke nak dpt keje..heiiii, lg elok dieorg keje situ dr die wat keje haram..merompak la menyamun la..kalau korang boleh dptkan dieorg keje xpe gak..nie takat air liur jer suruh benti..kalau suruh org2 yg duk bising2 suruh staff Mcd ngan starbucks benti keje dieorg skang nie, agak2 dieorg akan buat ker..
Plus byk henpon2 canggih yg kite tgh guna skang nie adalah dibuat oleh org yahudi..ko duk bingit sana sini tp amek gambo pakai henpon yahudi pastu upload kat fb ngan instagram yg kepunyaan yahudi..acanner tuh???..agak2 dieorg nie sedo x??..sistem banking kite tuh..idea dr mana???..nape x wat piket kat dpn bank2..tesco..nape xwat protes kat tesco..ikea..ehh byk la lg..
Ke org2 yg boikot nie hanya tau Mcd ngan Starbucks je product israel..dieorg nie jenis xwat research nie ape product israel nie..org2 nie ikut org2 lain..org nie kate mcd ngan starbucks salur duit kat yahudi, jommmm kite seranggg..ikutttt la memasing nie gie serang..org melayu kite kan mmg terkenal ngan perangai 'mudah melatah'..
Even Aqsa Syarif pun xsetuju dgn ape yg org2 nie buat..
"Dalam satu kenyataan segera malam Selasa, Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia Dr Hafidzi Mohd Nor berkata pihaknya amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun petang Selasa.
"Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang,"kata beliau.
Menurutnya, sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.
"Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism),"ujarnya.
Beliau juga menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi.
"Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan,"tegas beliau.
Aqsa Syarif antara NGO yang paling ke depan menyatakan solidariti dengan Palestin. Pertubuhan Bukan Kerajaan itu baru-baru ini bersama Viva Palestina menganjuran Perhimpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza yang dihadiri puluhan ribu orang di Dataran Merdeka."
Xsalah nak berdemo..xsalah nak boikot..tp boikot la dgn menggunakan akal fikiran yg Allah berikan..kite pun skang nie tgh memboikot jugak..ramai yg tgh boikot tp jgn la extreme sgt smp ke arah keganasan..