Kerana anak saya lelaki. Kebanyakan kes ibu mertua dan menantu melibatkan anak lelaki yang bermenantukan perempuan..
Ada seorang puan bercerita kepada saya,bagaimana mertuanya mengatakan pada dia, dialah menantu terbaik yang dia ada.Sebab menantu itu jaga dan tolong mertua waktu sakit.
Tetapi disebalik kisahnya, bagaimana hubungan mertua dan menantu perempuan boleh baik?
Ia bermula dengan sikap kita sebagai ibu . Apabila anak nikah dan menerima menantu (perempuan asing sebagai ahli keluarga).
Berbalik kisah tadi,mertuanya boleh dikategorikan baik. Walau menantunya anak yatim ,asal keluarga susah,lulusan tidak tinggi asalnya,suri rumah sahaja,tetapi pihak ibu mertua tidak menghina,tidak mencaci,tidak mencela,menolong apa yang patut,jauh sekali berhasad atau masuk campur atas urusan rumahtangga anaknya.
Begitu juga banyak lagi kisah diceritakan,bagaimana hubungan menantu perempuan dan mertua baik kerana AKHLAK MULIA ibu mertua dalam menerima orang baru dalam rumah.
Satu sikap perempuan yang sering membinasakan sebuah hubungan adalah mulut. Suka menjaja keburukan orang, suka menghina dan memerli si menantu, malah terlalu bersangka buruk dengan menantu seolah-olah anak lelakinya terlalu baik dan sempurna.
Menantu perempuan,menikah dengan seorang lelaki,keutamaan dia berubah secara automatik. Kebanyakannya begitu. Mereka terus fokus pada suami dan keluarga mertua.
Tetapi apabila mertua tidak bersikap baik apabila menerima hakikat anak sudah menikah, manakan mengharap baik pada hubungan menantu dan mertua.
Tidak ada perkara yang menyumbang masalah besar pada hubungan menantu dan mertua melainkan sikap iri hati, mengadu domba dan tidak menjaga mulut.
Ada lagi kisah mertua yang sering menganiaya menantunya, dijaja habis satu kampung sana,kampung sini,saudara mara, memfitnah,menuduh dan memutar belit cerita.
Malangnya si mertua lupa,dia juga punyai 1001 kisah aib dan buruk yang menantunya tahu,tidak langsung dijaja dan dibuka aib sana sini.
Maka,kisah si menantu inilah tersebar BURUK ,mertuanya pula dikatakan BAIK disebabkan aibnya itu ditutup oleh si menantu.
Mertua diitndas dan sebagainya.
Menantu yang difitnah mengambil langkah berdiam diri,tidak balik kampung kemudian jadi pertikaian ,habis jika sudah difitnah satu kampung,adakah menantu mahu balik membawa maruah diri yang diinjak-injak sedemikian rupa?
Dan apa yang paling malang sekali sikap kita sebagai mertua adalah cuba merosakkan dan memutuskan rumahtangga atas dendam terhadap menantu. Nikahlah lain. Cerailah dia.
Padahal,untuk seorang lelaki layak menceraikan isteri adalah syarat sah disisi agama (berzina,curang, murtad atau masalah kronik yang lain,tidak menjaga rumahtangga,tidak menjaga anak).
Ketika kita masih muda ,suami kita disaran nikah disebabkan kita sendiri waktu muda adalah seorang isteri yang bermasalah,kita boleh ugut mahu membakar rumah pula!
Kisah ini adalah kisah kebanyakan,kerap berlaku dan selalu berlaku. Ramai menantu baik diambil kesempatan,diinjak kepala.
Dendam,tidak puas hati, nafsu dunia, jauh dari Tuhan, berkiblatkan TV -itulah kebanyakan punca.
Perempuan,jangan dilupa bahawa yang membinasakan kita adalah MULUT. Mulut akan humban kita masuk neraka. Pendustaan kita akan humban kita masuk neraka.
* Hampir penghujung Ramadhan,semoga Allah mengampunkan saya dan terus mengampunkan saya atas kesilapan saya menjadi menantu yang baik dan menjauhi saya dari menjadi mertua yang boleh membinasakan hidup anak-anak saya sendiri.
Sikap menjadi mertua yang baik terlatih sejak muda,jika kita suka mengumpat,menjaja cerita cerita,hentikanlah sekarang!
DOA HINDAR KEJELEKAN DIWAKTU TUA
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian).
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
“Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat.
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian).”
(HR. Bukhari no. 6367 dan Muslim no. 2706)
*entry ini kite close utk comment..entry ini adalah hanya utk bacaan*