Marah betul tau nie..geram je rase..ape kes yg nak xpuas hati bagai nie..org2 yg berpikiran kolot mcm nie la yg menjatuhkan industri seni tanahair..amek ko, punye la marah smp skema ayat aku jadinye..mcm mana la ko boleh dilantik jadi VP tuuutttt..tp mmg la kan sedangkan ko sendri leh over shadow pressie ko inikan plak la artis2 lain..adab kene jaga skit la brader..cube pikiran tuh positive skit..abg Aaron menang sbb undian peminat..regardless la die Singaporean ke x..dh kalau peminat abg Aaron ramai kat Malaysia nie ko nak kecoh ape..ke jeles sbb peminat ko xramai mcm abg aaron..or ko jeles sbb ko langsung x tercalon..jgn la sbb ko rase ko dh pegang jawatan VP tuh ko dh ade lesen besar leh sound2 org..ko x pikir ke ape org yg ko duk ckp tuh rase..ko ingat die robot ker..come on la brader, ko jgn suke2 hati je nak twit kat twitter pasal bende2 nie..dh kalau itu rezeki die ko nak kate ape..nak jeles pun bertempat la..jgn nak malukan diri sendri dgn ayat2 ko yg langsung x berasas tuh..pedulik hape aku kalau ko tuh kawan mok mok time sekolah ke hape..huuuhhhh..
Ramai je artis dr Singapore yg bertapak kat sini..ade yg dh dpt Datuk pun tau..itu belum cite yg peminat2 n even artis sendri duk agung2kan..nape ko xnak bangkitkan isu tuh..time dulu ko ngan Hetty Sarlene berlakon xde pun ko nak kate die merosakkan seni tanahair..siap boleh bercinta kejap..apo cito..die tuh SINGAPOREAN jugak kut..
source from here.
Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya telah melahirkan rasa tidak puas
hati di atas kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang
Paling Popular Berita Harian 2011 semalam. Luahan tersebut ternyata
mampu menimbulkan kontroversi yang sangat hebat kerana Zed Zaidi
mengaitkannya dengan kerosakan industri seni Malaysia.
Bagi Abang Nara, tak salah pun kalau Aaron Aziz menang. Memang dia dah
popular. Lagipun sememangnya keputusan dibuat mengikut undian daripada
pembaca Berita Harian sendiri. Dan sememangnya tahun 2011 kepopularitian
Aaron Aziz tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak.
Daripada kata-kata Zed Zaidi di atas, kemenangan Aaron Aziz ada kaitan
dengan cubaan untuk menjatuhkan industri seni. Dan maklumat mengenai
perkara tersebut hanya diketahui oleh mereka yang terlibat di dalam
persatuan. Untuk makluman, Zed Zaidi ialah Timbalan Presiden persatuan
Seniman. Jadi apa kata anda mengenai kenyataan penuh kontroversi
daripada Zed Zaidi ini?