Ya ALLAH, kesiannye bdk perempuan yg x bersalah nie..pegi pasar malam nak beli makanan n minuman end up kene tikam ngan org indonesia..bodoh betul org indonesia yg tikam tuh..ape bangang sgt smp xleh nak beza kawan ko ngan bdk yg x bersalah tuh..kut ye pun nak bunuh kawan senegara ko, jgn la smp ke pasar malam peginye..gie la crk kat umah die ke hape..org lain yg jd mangsa..tikam balik perut ko baru tau..
GOMBAK: “Dalam keadaan berlumuran darah, saya terus memangkunya
sebelum berlari kira-kira 150 meter ke klinik berhampiran, namun doktor
mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” kata Misnawi Mohd, 55, bapa
kepada seorang remaja perempuan yang maut ditikam seorang lelaki di
pasar malam Kampung Wira Damai, Batu Caves, dekat sini, malam kelmarin.
Menurutnya, ketika memeriksa nadi anaknya, Noor Fathanah, 13, doktor memberitahu peluang untuknya hidup tipis.
“Tidak lama kemudian, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal
dunia menyebabkan lutut menggeletar dan badan terus lemah bagaikan mahu
pengsan.
“Apapun, saya terima kejadian ini sebagai takdir,
tambahan sebelum kejadian, tiada perubahan pelik ditunjukkan arwah yang
juga anak bongsu daripada empat beradik,” katanya ketika ditemui di
pekarangan bilik mayat Hospital Selayang, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, pelajar
tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, dekat sini
bersama kakaknya, Noor Fadilah, 15, serta seorang lagi rakan yang sedang
membeli air, parah ditikam suspek dipercayai warga Indonesia yang
ketika itu sedang mengejar seorang lelaki rakan senegaranya.