Thursday, November 1, 2012

:: Info Mengenai Sihir Menahan Pernikahan ::

Utk renungan kite bersama..alhamdulillah kite jadi jugak kawen ngan mok mok walaupun ade pihak yg dengki n sanggup "hantar" mcm2..kalau ALLAH dh nyatakan yg kite utk mok mok n mok mok utk kite, mcm mana kuat kuasa sihir dr manusia, xboleh lawan kuasa dan kehendak-NYA..ajal, maut, jodoh dan pertemuan, semua di tangan ALLAH, bkn ditangan MANUSIA..semua tanda2 tuh kite dh rase tp alhamdulillah jodoh kite ngan mok mok kuat sgt3..mudah2an hubungan ini kekal hingga ke syurga..AMIN..

______________________________________________________________________________
Orang yang dengki terhadap seseorang yang hendak menikah akan berjumpa tukang sihir jahat lalu meminta tolong darinya untuk mengerjakan sihir kepada anak perempuan si polan supaya tidak menikah. Kemud
ian tukang sihir meminta nama gadis yang dimaksudkan, nama ibunya dan salah satu benda yang pernah dipakainya.

Lalu tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan beberapa jin supaya mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk ke dalamnya ketika gadis tersebut dalam salah satu dari 4 keadaan yang memungkinkan untuk masuk kepadanya iaitu:

• Takut Amat Sangat
• Marah yang tidak terkawal
• Lalai keterlaluan
• Di puncak nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan 1 di antara 2:

1. Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada calon suaminya yang mengemukakan lamaran kepadanya.
2. Atau jin itu tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu pandangan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wanita tersebut berwajah buruk kemudian selalu membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukan kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita itu tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju. Setelah beberapa hari lelaki itu memutusakan hubungan akibat bisikan syaitan kepadanya.
Dalam keadaan-keadaan sihir berat, didapati kaum lelaki yang mengemukakan lamaran kepada wanita tersebut, semenjak masuk pintu rumah wanita itu, dia merasa kesal dan terseksa seolah-olah dia berada di dalam penjara sehingga tidak mahu kembali lagi.
Selama masa tersebut jin menimbulkan pening terus-menerus pada wanita tersebut.

Tanda-Tanda Sihir Menahan Pernikahan:

• Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
• Sesak di dada terutama selepas Asar hingga tengah malam.
• Melihat bakal suaminya bermuka hodoh.
• Fikiran melayang.
• Selalu gelisah waktu tidur.
• Selalu ada rasa sakit di perut.
• Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Maksudnya: "Dan Kami turunkan suatu dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan tidaklah menambah bagi orang-orang yang zalim melainkan kerugian" - Surah al-Isra' : 82

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - Maksud hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Oleh itu kita mesti mempertingkatkan iman dengan menambah ilmu dan amal. Di samping ibadah harian yang kita amalkan, kita juga perlu mengamalkan ayat-ayat Al Quran dan doa-doa tertentu sebagai ‘pendinding diri’ dari gangguan jin dan syaitan.

33 comments:

  1. minta dijauhkan kita dr perkara2 mcm nie...amin!

    ReplyDelete
  2. ada 5/8 dr ats...tp tah ler...tk tahu nk ckp...

    ReplyDelete
  3. @Iela Lullaby haaaaa..dh tau gitu xreti2 nak gie jmp ustaz..

    ReplyDelete
  4. Nape la masih ramai org2 kite percaya benda2 camnikan? Moga kita semua dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  5. bnde nih memg msih blaku zmn skang nih kan...xphm la ngan org yg suke sihir menyihir nih

    ReplyDelete
  6. aduhh minta selisihhh
    x cium bauu syurga kalau org menyihir nie huhuhu

    ReplyDelete
  7. Ya Allah ade jugak org macam tu.. Sabor jelah..Amin..

    ReplyDelete
  8. kena berhati2 jgak kan dgn hal2 sihir menyihir ni...hurmmm tak faham knapa lah msh ade segelintir manusia yg still amalkan sihir2 mcm ni kan...hurmm

    ReplyDelete
  9. mintak jauh la..kenapa la msh ramai yg pecaya menda2 mcm ni

    ReplyDelete
  10. mintak jauh....apa2pun tima kasih 4 sharing...=)

    ReplyDelete
  11. Macam macam dunia sekarang kannnn

    ReplyDelete
  12. Salam Falsya...Semoga dijauhkn kaum kerabat..keturunan dr perbuatan syirik nikn.

    ReplyDelete
  13. nauzubillah mintak jauh semua iblis dan syaitan dari rumahtangga kita kann.

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..kak fasya..saya copy entry ni boleh..nak bagi kat tunang..thanks kak.

    ReplyDelete
  15. kak..nk tanye..adekah tanda2 ni sama kalau lelaki yg kena sihir tersebut?

    ReplyDelete
  16. @Nad @ MamaZN itu la nad..xpaham..amin2..mudah2an..

    ReplyDelete
  17. @PinkUmmi kan PU..org2 skang nie xtakut dosa..

    ReplyDelete
  18. @ieda mintak dijauhkan kan kak..amin3

    ReplyDelete
  19. @Nory Zoulkefle itu lah, kene ade pelindung utk diri kite sendri jugak..kite xtau hati manusia..

    ReplyDelete
  20. @Wanieys a.k.a IbuQalief itu la waniey//makin maju dunia makin byk sihir-menyihir..

    ReplyDelete
  21. @AIN rasenye mcm sama kut..ape2 pun kalau dh rase lain tuh better gie jmp ustaz..

    ReplyDelete
  22. sekarang ni mcm2 org sanggup buat kan demi nak puaskan hati..x takut dosa pahala..tak pe Allah bersama kita..

    ReplyDelete
  23. amit2...tak suka benda2 camni...syirik..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...