Friday, May 20, 2016

:: Chia Chia Chia ::

Kihkihkih..tingat tetibe tagline sepahtu..ape yg chia pun xtau..zaman2 kite dulu kalau chia nie short form for chikaro @ bohsia..hehehe..teruk sgt kan ayat bohsia tuh..mungkin sbb tuh la ramai yg panggil chia kut..sedap skit didengar tp ikutkan still xelok la..xelok panggil org with such names..am i right???..

Yang kite nak cite nie pasal chia seeds..hehehe.
nie la die chia seed tuh..

Dah lama dh kite mencarik...tp biasalah kalau nak carik time tuh la duk bizi ngan segala bende..anak la, urusan umah la..so terlupe..bile xbizi buat segala-gala, xteringat la pulak nak mencarik..haish..so dh alang daddy ziyyad duk post kat fb pasal chia seed nie terus order ngan kawan die..sementara masih ingat..sbb kite nowadays nie ade penyakit short term memory loss..hiksssss..

Kengkonon nak buat semalam time buka puasa..tp smp ke sudah (arinie) chia seeds duk ade dlm handbag xkuau2 kan lg..biasalah u'ollss..mengelolakan anak sorang2..daddy balik lambat jumpa kawan..mmg xleh le nak buat ape la..

Poyo2 je kan kite..we'll see whether i just talk the talk or walk the walk hokeyh..hehehehe..

Buat yg xtau ape khasiat chia seed nie kan,
_________________________________________________________________________________

** 10 FAKTA CHIA SEED, YANG KE-3 & 5  PALING MENARIK**
.
Tahukah anda mengapa Chia Seed digelar superfood? Ia tak tak lain tak bukan kerana biji-biji kecil ini mempunyai pelbagai kebaikan kepada orang yang mengamalkannya.

1. Menambah tenaga
Kandungan protein dan pelbagai nutrien lengkap membolehkan Chia Seed disebut sebagai energy drink. 
Rendam Chia Seed 1 sudu besar ke dalam 1000ml air biasa dan biarkan selama 15 minit dan nikmati dari pagi sehingga tengah hari contohnya cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
Bayangkan minuman dingin yang mempunyai chia seed. Bukan sahaja melegakan tekak namun penuh khasiat. Sehari satu sudu besar sudah mencukupi untuk suply tenaga yang diperlukan seharian.
.
.
2. Sesuai untuk pesakit kencing manis.
Kajian menunjukkan Chia Seed sesuai diambil oleh sesiapa sahaja termasuk pesakit kencingmanis. Chia Seed mengurangkan rintangan insulin. Kombinasi unik serat larut air dan serat tak larut air melambatkan proses penguraian karbohidrat di dalam gula seterusnya menstabilkan kandungan gula dalam darah. 
.
.
3. KAYA KALSIUM
Menurut kajian Chia Seed mengandungi kalsium yang 5 kali lebih tinggi berbanding produk tenusu. Bukan sahaja kalsium, Chia Seed kaya dengan phosphorus, mangan dan protein yang penting untuk kekuatan tulang, gigi dan akar rambut.

Adakah anda menghadapi masalah rambut gugur ?Cuba amalkan minuman chia seed selama 2 minggu dan lihat kesannya. 

Ayah dan ibu kita di kampung tak gemar minum susu. Maka chia Seed adalah pengganti yang paling sesuai untuk melindungi mereka daripada kerapuhan tulang.
.
.
4. Membantu menurunkan kolesterol.
Chia Seed kaya dengan fatty acid omega 3 dan 6, serat dan protein. Kombinasi ini membantu menurunkan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan HDL.
.
.
5. Menolong Mengurangkan Berat Badan
Chia seed yang sememangnya kaya dengan serat (fiber) yang mengenyangkan. Disamping ia membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia membantu menyingkirkan toxin dalam badan
.
.
6. Kaya Protein
Chia Seed juga mengandungi protein yang tinggi. Oleh kerana kandungan protein yang tinggi maka chia seed bagus untuk mereka yang sedang menjalani program diet tertentu.
.
.
7. Kaya antioksida
Antioksida membaiki sel yang rosak dalam badan, melindungi sel-sel itu dari binasa, melambatkan proses penuaan dan seterusnya membantu mengurangkan risiko kanser.
.
8. Baik untuk ibu mengandung dan menyusu.
Chia Seed kaya dengan protein yang mampu menjana tenaga untuk keperluan ibu dan bakal ibu. 
.
.
9. Chia seed boleh di ambil oleh kanak-kanan dengan separuh dos berbanding dewasa. Ia membantu perkembangan minda anak-anak.
.
.
10. Rasa Chia Seed
Chia Seed tidak mempunyai rasa. Ianya plain sahaja. Maka ia sesuai diminum bersama air putih atau lain2 menu.
.
.
CARA MAKAN.
Minuman dengan Chia Seeds sangat mudah disediakan. Paling mudah rendam sahaja di dalam air putih selama 15minit. Sesuai dicampur bersama infuse water. Sesuai di tabur di dalam salad, roti, sayur ataupun di buat puding.


8 comments:

  1. hehhe sama lah dulu selalu dengar cia ni cikaro tetiba muncul cia cia cia ayat pickup line dia. tapi kan, dorang kata sepahtu tiru indonesian punya ayat. hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe.. chia chia chia.. hahah

    ReplyDelete
  3. Kakak tengok macam ala-ala habbatussauda pulak.

    ReplyDelete
  4. camana nak makan benda tu?..boleh tabur atas biskut ke?

    ReplyDelete
  5. Banyak khasiat dia ye Falsya..
    Elok tu ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...