Monday, May 23, 2016

:: Am i One Of The Anti-Vaccine Mother? ::

Am i?..no, i'm not..definitely i'm not one of those..i'm soooo not gonna jeopardize my children's life..

Can't afford to take the vaccine is one thing..can afford but don't wanna take is the other thing..nie bukan nak cite pasal compulsary punye injection tau..nie kite nak cite pasal optional injection..which is not necessary to take but, buttttt, there's always a but haaa..hehehe..but somehow, it is kinda important jugak la..

Certain parents akan ckp yg optional vaccine nie ade side effects dekat baby..tp kalau x amek pun akan ade side effects jugak kan..both ade pros and cons kat situ..hidup nie kan kene usaha, tawakal dan berdoa..mmg ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Allah..DIA yg paling berkuasa..ape yg jadi sepanjang perjalanan hidup kite, semua ketentuan dan kehendak dari DIA..tp xkan xnak usaha utk bg anak tuh sihat..kalau dh ditakdirkan akan terjadi jugak, at least kite dah usaha daripada seat there doing nothing..

Nie kite nak stress-out kan pada yg mampu tapi xnk amek tau..yg terlampau anti-vaccine sgt nie smpkan anak asyik sakit keluar masuk ward tp tetap degil xnk jugak amek vaccine utk anak die walaupun doctor dh advice suruh amek..yg xmampu tuh lain la sbb kite tau bukan murah harga vaccine nie..pneumococcal sekali inject dlm range RM230-250 gitu la..xingat..rota virus dlm seratus lebih kalau xsalah..so xsemua org yg mampu utk keluarkan duit byk tuh..plus dgn ekonomi zaman jibby nie lg..#ihetchiujibby..

Isu vaccine nie actually isu sensitive..ade yg boleh terima, ade yg xboleh terima..ade setengah dieorg dh set dlm mind, "mak bapak kite, atok nenek kite, moyang kite dulu x amek pun vaksin..sihat je..hidup je smp umur berpuluh2 tahun"..haihhhh, itu zaman bile..skang nie zaman bile..udara dulu mcm mana..udara skang mcm mana..pembangunan dulu mcm mana..pembangunan skang mcm mana..lg moden zaman, bertambah moden la penyakit, kuman dan virus pun makin moden la..

Ade jugak parents yg anti-vaccine nie dieorg more berpandukan pada "doctor" FB/google instead of the real doctor..doctor FB kate (contoh) "jgn cucuk anak dgn vaksin..xelok utk baby, bla bla bla, yada yada yada"..and surprisingly, ade jugak yg ikut tuh.."ooo betul la, xelok la sebenarnye amek vaksin nie"..when the real doctor advice suruh amek vaksin utk anak, "ehhh doctor, saya baca kt fb, saya google, vaksin nie xelok utk baby..so saya xnk la"..and bile doctor tuh explain all of the consequences, die pulak yg ajar/sekolahkan doctor tuh balik..cer tanye the real doctor2 nie..mesti dieorg ade berdepan dgn patient yg "byk ilmu pasal medical di dada yg dieorg petik dari fb or google"..

Ehh, jgn ingat xde tau..time kite bersalin baru nie, ade patient yg mcm gitu..duk argued ngan doctor ros mcm die la pulak yg doctor kt situ..kite dgr pun mcm ape je la budak nie..budak lg u'olls..umur dlm 22-23 gitu..doctor ros punye nada n ayat smp dh bertukar la..ye la, mesti doctor ros mcm confuse jap..ko doctor ke aku yg doctor skang nie..mcm ko lagi tau byk dari aku jer..dh beratus/beribu baby org aku yg sambut, ko baru nak bersalin anak first, ko yg ngajo aku pulak..haaaa gitu la lebih kurang..tp jgn ade yg lurus bendul ingat mmg doctor ros ckp gitu tau..

Tah la nak ckp lebih2 pun mcm, hurmmmm, malas..masing2 ade pendapat masing2..and ape yg kite bebelkan kat atas nie, xsemua boleh terima..but ya, biau ler anak dieorg..kite jaga anak2 kite je sudah..kite ade la jugak bincang ngan somi kite pasal nie..somi kite ckp senang jer, "i xnk take the risk..i lagi sanggup keluar duit utk cucuk anak2 i dari i menyesal kemudian hari"..mmg segala jenis vaccine yg dekat dlm buku tuh, semua somi kite suruh amek..not to say bile dh cucuk vaccine tuh anak xakan jatuh sakit langsung..tp xde la smp anak tuh akan suffer teruk menanggung sakit..
Nie dobot punye buku..

Tetibe terasa mcm ade suara2 halus ckp, "ko mmg la boleh cucuk anak2 ko dgn segala optional punye injection..dh tentu la laki ko yg kuar duit bayar semua tuh"..yes???..no???..kalau la ade yg terdetik gitu, me be like, "ade aku kisah"..aah mmg laki aku yg bayar semua bill..aku just bawak anak je gie klinik..sbb laki aku pentingkan kesihatan anak2 die..dari kendian hari menyesal tgk anak berselirat wayar..takat RM250, ape la sgt kalau nak dibandingkan dgn nyawa anak die..

"Kalau la dulu aku cucuk anak aku dengan vaksin, mesti bende nie semua xkan jadik..mesti anak aku ade lagi"..when u've thought of that, it's too late dy..

Please, please spare 10minutes of ur time to read this..because of this story la kite duk membebel panjang nie..geram kengkadang ngan parents cenggini..
-----------------------------------------------

Episod 1: Bayi yang Malang
Seorang ibu menolak pintu kecemasan dengan membawa anaknya yang lemah longlai. Bila melihat wajah ibu tersebut, kami kenal bahawa dia merupakan seorang yang memperjuangkan gentlebirth dan pernah post kejayaannya melahirkan bayi di rumah(homebirth) dalam Facebook. Ramai yang terinspirasi untuk melahirkan bayi di rumah disebabkan post Fb yang dibuat.
Bahkan setelah kelahiran bayi tersebut, dia melakukan lotus birth, menolak pemberian vaksin dan juga VITAMIN K.
(Nota: Lotus birth adalah perbuatan membiarkan uri terlekat pada bayi hingga ianya kering dan tercabut sendiri)
Semua keputusan ini dibuat atas dasar kepercayaan pada ilmu yang diberikan daripada 'pakar2' dalam Facebook. Ramai daripada mereka menyebarkan kefahaman yang salah dan sanggup membuat eksperimen pada anak mereka dan juga anak orang lain. Yang pastinya, Pakar-pakar daripada FB ini tidak akan bertanggungjawab ke atas komplikasi buruk yang bakal berlaku.

Anak yang dilahirkan secara homebirth ini dijaga rapi dan tidak diberi vaksin mahupun vitamin K yang fungsinya untuk mengelak pendarahan. Bagai menatang minyak yang penuh, penjagaan yang diberi kepada bayi tersebut dengan doa agar bayi tersebut mempunyai imun sistem yang kuat dan dikatakan lebih kuat daripada bayi yang dicucuk(iaitu dicucuk vaksin ataupun vitamin K).
Hari demi hari berlalu. Beberapa bulan kemudian, kanak tersebut mengalami muntah-muntah yang teruk. Ramai daripada kawan-kawan FB yang meng'inspirasi'kan ibu itu untuk melakukan Homebirth dan tidak memvaksinkan anak dia, cuba memberi nasihat bagaimana untuk mengatasi symptom muntah-muntah itu. Berbagai cara dilakukan, tetapi bayi tersebut masih mengalami muntah yang teruk. Anak yang sihat sudah menjadi anak yang tidak aktif. Apabila dibawa ke hospital, anak tersebut kelihatan sangat letih dan lemah. Kelihatan badannya mempunyai lebam di sana sini.
Jika melihat symptom-sympton seperti muntah yang teruk dan juga keletihan, selalunya para doktor akan meletakkan provisional diagnosis sebagai meningitis ataupun encephalitis. Ini kerana symptom tersebut sangat tipikal dengan keadaan bayi itu. Cumanya bayi tersebut tidak mempunyai symptom lain seperti demam.
Keadaan kanak-kanak yang sangat letih dan juga tahap kesedaran yang sangat rendah, membuatkan doktor di situ membuat keputusan untuk 'intubate' kanak-kanak tersebut. Ini merupakan salah satu procedure untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Dia diberi ubat tidur, agar procedure intubation dapat dilakukan dengan mudah. Bayi itu kemudiannya disambung pada mesin pernafasan dan dihantar ke PICU.
(Nota: Intubate merupakan procedure memasukkan tiub ke dalam saluran pernafasan.

Apa yang anehnya, mereka yang menjadi sahabat di FB dan meng'inspirasi'kan serta berkongsi ilmu berkenaan homebirth, vaksin, vitamin K dan segala informasi yang salah, tidak mampu membantu bayi tersebut. Malah doktor yang tidak dipercayai, dikatakan mendesak penggunaan vaksin, memberi info yang salah, mereka inilah yang bertungkus lumus membantu bayi tersebut.
Tak tahu ke mana 'Pakar-pakar FB' berkenaan hilang. Malah ada daripada kalangan Pakar FB ini menyatakan secara tidak langsung kepada ibu tersebut bahawa "jika hendak berbuat sesuatu, perlulah mempunyai ilmu". Alahaaaiii. Kan apa yang dia lakukan itu adalah sama dengan ajaran anda. Lepas tu nak salahkan balik ibu tu pula. Nampak sangat anda adalah manusia hipokrit. Kesesatan ini berasal daripada anda sendiri wahai Pakar jadian FB.
Kesimpulannya, anda akan dipersoal diakhirat kelak disebabkan kesesatan anda telah mengancam nyawa bayi tersebut
Sambung balik kisah bayi malang tadi.
Terdapat beberapa tanda lebam pada badan bayi itu. Apabila maklumat diambil daripada ibu tersebut, dia menyatakan yang anaknya tidak menerima vaksin dan juga vitamin K sewaktu dilahirkan.

Keadaan bayi itu yang sangat lemah dan tidak respons secara sepenuhnya membuatkan doktor mengambil keputusan untuk 'intubate' bayi itu. Setelah bayi itu ditidurkan, tiub dimasukkan ke dalam saluran pernafasan bayi tersebut dan disambungkan kepada mesin pernafasan. Kemudian, bayi itu dimasukkan ke dalam ward PICU untuk rawatan selanjutnya.

Menitis air mata ibubapa bayi itu melihat keadaan anaknya yang sedemikian rupa. Dengan keadaan yang tidak sedarkan diri, dimasukkan beberapa tiub ke dalam mulutnya, bersambung dengan pelbagai wayar dan sebagainya.

Nampaknya, Penyesalan ketika ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh menyelesaikan keadaan tersebut.

Di dalam wad PICU, keadaan bayi itu sangatlah tidak stabil. Pada ketika itu, bayi tersebut mempunyai tekanan darah yang rendah sehingga mana memerlukan 4 jenis ubat(inotrope) yang dimasukkan secara berterusan ke dalam saluran darah bayi agar tekanan darahnya menjadi normal. Tekanan darah yang tidak stabil dan menggunakan maksimum 4 jenis ubat inotrope ini menunjukkan prognosis penyakit tersebut adalah teruk(kesudahannya selalunya akan teruk). 

Antibiotik juga diberikan kepada bayi itu untuk merawatkan penyakit meningoenchephalitis (jangkitan pada otak dan selaputnya) yang dikatakan sebagai provisional diagnosis.

Ketika mana keputusan blood investigation keluar, para doktor merasa pelik. Ini kerana keputusan tersebut menunjukkan seolah-olah bayi tersebut tidak mempunyai jangkitan kuman yang teruk. Dengan bacaan c-reactive protein yang normal dan fungsi organ-organ lain tidak terganggu, membuatkan mereka berfikir adakah kemungkinan penyakit ini disebabkan perkara lain.

(C- reactive protein merupakan salah satu jenis protein yang akan meningkat dalam darah apabila berlakunya jangkitan kuman bakteria)

Dan bacaan keputusan darah yang lain pula menunjukkan kebolehan darah membeku(coagulation profile) pula sangat tidak normal. Keputusan itu sangatlah tinggi bacaannya dan komplikasi daripada perkara ini boleh menyebabkan pendarahan secara spontan di mana-mana bahagian badan. 

Pakar kanak-kanak berbincang antara satu sama lain dan mempunyai syak yang kuat bahawa pendarahan telah pun berlaku di dibahagian otak bayi itu. Pendarahan dalam otak boleh menjadi salah satu penyebab kepada simptom muntah-muntah yang teruk dan letih. Lebam-lebam pada badan bayi itu pula menunjukkan pendarahan yang berlaku secara spontan disebabkan darah tidak boleh membeku secara normal.

Melihat keadaan bayi yang tidak stabil, tidak memungkinkan CT scan otak untuk dibuat.

Setelah beberapa hari di dalam PICU, keadaan bayi masih sama dan beberapa hari berikutnya, bayi tersebut disahkan meninggal dunia. 

Melihat kepada symptom dan keputusan darah yang ada, pakar kanak-kanak menukar diagnosis bayi yang malang itu kepada Haemorhagic Newborn Disease(Aka Vitamin K Deficiency bleeding). 

Tiada apa yang paling sedih pada jiwa ibubapa melainkan kematian anak yang disayangi. Inilah anak yang dilahirkan secara homebirth. Inilah anak yang tidak divaksin dan tidak diberikan vitamin K. 
Dan kesesatan anda telah membawa padah.

Maka, anak kecil yang tidak bersalah itu menjadi korban diatas kesesatan yang berlaku.

'Pakar-pakar FB' satu orang pun tidak mampu menjawab berkenaan kematian yang disebabkan oleh mereka. Malah pada ketika itu, saya ingat lagi, mereka masih lagi menolak bahawa keadaan yang terjadi adalah disebabkan ajaran mereka yang sesat. 

Nah. Anda sudah nampak bukan. Perkara mudah yang anda anggap tidak memberikan apa-apa kesan kepada bayi anda sudah pun berlaku dan telah acap kali berlaku.

Oleh itu, terpulang kepada anda untuk percaya kepada pakar FB ataupun pakar yang bertauliah

Yang matinya anak anda, bukan anak pakar FB yg anda terpedaya tu.

Sumber emedicine

--Doktor Paracetamol—

11 comments:

Nieyla Nadia said... [Reply]

singgah pagi...
buat yg terbaik untuk anak²...

nad said... [Reply]

big issue jugak menda ni. yg pasti jgn bergantung pd doc fb. tanya pd yg pakar. dan makpak lebih tau apa yg terbaik utk anak2 kan? tp jgn la sampai sbb sikap kita sayang duit, anak plak merana ye dak? huhu

Cici said... [Reply]

betul tu. I sokong je vaksin. sebab bagi I btter I serahkan pada yang pakar. I ni bukan orang medik taktahu apa apa pun.

Suria Amanda said... [Reply]

Setuju...akak antara yang mementingkan vaksin untuk anak- anak...tak nak komen banyak sebab ada yang anti vaksin..bukan takut di kecam cuma tak nak semak otak ...

Izwa Kamaruddin said... [Reply]

isu lapuk yang tak padam-padam..dah kau tak nak injek anak kau ko nak kondem org injek anak kenapa..tak paham okey mentality org cengginie.

syawalsimpsons said... [Reply]

biorkan dengan suara anasir jahat yg datang tu sya..deme tu jeles la tu..tak semestinya duit banyak boleh cucuk, duit tak banyak tak boleh cucuk....tak mampu katanya..nak seribu daya tak m seribu dalih...sue yg tak berapa nak mampu ni pon, boleh je cucuk untuk vaksin yg mahai demi anak2...apa la sangat duit tu di bandingkan dengan kesihatan anak2 kan sya...lantak ke deme la sya nak kata apa...janji anak kita, kita jaga, inshallah sihat...yg lain tu lantak la deme nak jadi doc fb ke, doc pokcik google ke hape...sue sanggup perabih n carik duit demi kesihatan anak sue...lepas apa yg jadi pada mirza, mmg sebarang kemungkinan sue jaga sungguh...kalo dia batuk sikit, terus puff sabutamol kat dia...kalo dia flu je...no outing, duduk dlm bilik, kemas rumah, kemas habuk...kalo demam, terus cuti, bawak G klinik, bg ubat..no tangguh2....since doc klafikasi paru2 dia sensatif..mmg pantauan rapi perlu...nasib la mak ada...tp geram jugak sue , bila kat sini ada je yg sebok dok kata...bila nak bg mirza ada...adoi...bonggap ke hape dorang ni..bg la mirza tu sihat bebetoi, 4,5 tahun inshallah...pastu dok senyum sinis, muka menganjingkan sue...dok kata..yeke..yeke...bg je la...geram je sue...anak aku yg sakit, aku yg alami, korang sebok dok menganjing..hangin je...

ops...terluah rasa pulok,.hahhahah....ampunkan kami penunggu gua,....

Chekgu Azrine said... [Reply]

skang ni terlalu ramai parents yg educated...lebh pandai dr DR sebab dok google segala masalah yang ada..sbb tu jd mcm tuh..tp terpulangla kan..mcm sis cakapla kan...deme punya anak...huhu

alhamdulillah..akk percaya pada vaccine at least sebagai booster...memangla kalau Allah nak bagi..dia bagi je penyakit even ko ada vaksin atau tak..at least kita berusaha..dan selebihntya kita tawakal...

Jueliza Jamani said... [Reply]

jue hanya vaksin yg diberikan oleh klinik gomen jer.. kalo yg vaksin jenih2 lain mmg tak berapa nak ambik tahu.. heheheh

Sue Bee said... [Reply]

Zaman sekarang ni, bayi baru lahir kena bagi vaksin juga sbb mana sama macam zaman nek atuk kita dulu-dulu. Pakar FB bukan semua boleh guna pakai..hhrrmmm.

lieyalatif said... [Reply]

ermmm bab ni mmg sensitif pada akak...takpe laa...kite sebagai parents kite yg tentukan maneyg baik mane yg elok utk anak2 kite...masing2 punye cara kan...so masing2 tentukan...

mcm akak sendiri mmg amik vaksin2 nieh... yg berbayar pun akak amik...alhamdulillah laa sebab nampak kebaikannye disitu..dayyan akak anta taska, baby2 lain tak kuat sgt antibodi mcm senang kene selsema...ciritbirit...tapi dayyan akak amikkan pneomococal, rotavirus...dayyan mmg tak kene sakit yg budak2 lain kene..... pejam mate je laa bayar harga yg mahal utk vaksin tu huhuhuhuh

Fiza Rahman said... [Reply]

Memang agak sensitif isu ni. Terpulang pada diri sendiri. Kesihatan anak yg lebih utama.

Kat klinik As salam bangi tgh promo Pneumococal vaccine. RM80 jer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...